Rohinyga: Apa penyelesaiannya?
Oleh: Iliyas Ismail
Persoalan yang cukup sukar untuk dirungkaikan satu jawapan yang praktikal. Jawapan yang mudah, adalah supaya mereka dibenarkan untuk pulang ke Myanmar dan hidup secara aman seperti biasa. Satu penyelesaian yang yang patut dilaksanakan segera, tetapi melihat kepada realiti semasa, akan membuatkan kita befikir dua kali. Kerajaan dan rakyat Myanmar sudah mempunyai pandangan yang cukup negatif terhadap komuniti Rohingya, yang jika mereka pulang ke Myanmar sekalipun, kehidupan mereka akan tetap ditindas.
Jaminan keselamatan perlu diberikan kepada etnik Rohingya untuk hidup aman dan selamat, oleh kerajaan Myanmar. Tapi apakah kerajaan pimpinan Aung San Syu Kyi itu boleh dipercaya?

Bulan lalu, kerajaan Bangladesh dan Myanmar mengumumkan mereka telah menandatangani perjanjian yang bakal menyaksikan masyarakat Rohingya dibenarkan pulang ke Myanmar. Satu berita yang menggembirakan, tetapi apabila melihat kepada perincian perjanjian ini yang hanya sediikit saja yang diberikan kepada umum, kita menjadi pesimis. Antara kandungannya, hanya 300 orang yang dibenarkan pulang dalam masa sehari, dan ini juga melalui proses saringan melalui pemeriksaan dokumen untuk menentukan apakah mereka betul-betul berasal dari Myanmar.
Antara masalah etnik Rohingya adalah mereka tiada dokumen. Ada dokumen warga tua yang telah diambil oleh kerajaan Myanmar, atas alasan ingin memperbaharui dokumen tetapi kemudian tidak dipulangkan kepada etnik Rohingya itu semula, ada yang memang tiada langsung diberikan apa-apa dokumen dan ada pula antara mereka yang sudah kehilangan dokumen diri apabila lari ke Bangladesh. Ini akan menyukarkan proses pengembalian masyarakat ini ke Myanmar, dan tidak mustahil, majoriti daripada mereka tidak akan dapat pulang semula.
Bagi mereka yang ada peluang untuk peluang sekalipun, mereka tidak merasa yakin dengan masa depan mereka yang bakal terancam. Apakah mereka akan diletakkan semula di dalam penempatan yang ditutup daripada masyarakat umum, dilarang keluar dan dipencilkan? Bagaimana dengan kampung-kampung mereka yang sudah hangus terbakar, apakah mereka akan mendapat bantuan kerajaan untuk membina semula penempatan-penempatan mereka dan apa jaminan ia tidak akan diserang lagi oleh orang Rakhine dan tentera Junta Myanmar?

Comments
Post a Comment