Surah al-A'raf ayat 203
Di dalam surah al-A'raf, iaitu surah ketujuh, ayat ke 203, adanya satu soal jawab yang cukup menarik antara Rasulullah dan kaum Musyrikin.
Pertama sekali, apakah maksud "ayat" di dalam ayat di atas? Di dalam al-Qur'an, perkaraan ‘ayat’ sebenarnya boleh merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an itu sendiri, atau ia boleh juga merujuk kepada suatu mukjizat yang dilakukan oleh seorang Rasul, dan ia juga boleh merujuk kepada tanda-tanda kebesaran tuhan di dalam alam ini. Tetapi di dalam ayat di atas, apabila disebutkan ‘ayat’, apa yang dimaksudkan?
Perkataan kedua yang saya ingin tekankan ialah ٱجْتَبَيْتَهَا yang berasal daripada perkataan جبى , dan perkatan ijtabaitaha itu diperselisihi juga maksudnya. Di dalam terjemahan di atas, perkataan ٱجْتَبَيْتَهَا diterjemahkan sebagai "bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu".
Tetapi benarkah ini maksudnya?
Satu lagi maksud adalah memilih sesuatu untuk menjadikannya hak eklusif diri sendiri, dan ini nampaknya maksud yang digunakan oleh ayat-ayat yang merujuk kepada Allah memilih seseorang.
Ini penting, kerana sesuatu maksud itu boleh direka kemudian untuk menyesuaikan maksud satu perkatan dengan pemahaman masyarakat terhadap sesuatu ayat itu, walhal ia bukanlah maksudnya yang asal. Antara sebab perkataan ini mungkin bukan maksud asal tetapi adalah direka kemudian adalah kerana para ulama sendiri berbeza pandangan tentang maksud perkataan ini, dan di dalam majoriti penggunaan perkataan ini seperti disebut di atas, mempunyai maksud yang berbeza.
Tafsir at-Tabari pula seperti lazimnya, memberikan banyak pendapat tentang suatu-suatu ayat. Untuk ayat ini, beliau menyebutkan pada awalnya kenyataan:
Kita boleh mempersoalkan apakah perkataan جبى itu bermaksud ‘mereka-reka’ atau ‘mengada-adakan’, dan ia nampaknya merupakan maksud yang sendirinya pun direka-reka oleh para ahli bahasa terkemudian untuk menjelaskan maksud ayat ini.
Apa yang menariknya adalah, ayat ini menunjukkan bahawa masyarakat Musyirikin, atau masyarakat pagan pada zaman Rasulullah ini, sebenarnya mengikuti ajaran Nabi walaupun mereka tidak mempercayai ajarannya, dan mereka cuba untuk melawan hujahan Nabi menggunakan istilah-istilah yang pernah Nabi gunakan sebelumnya.
Apa yang saya maksudkan? Mari kita lihat:
وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِم بِـَٔايَةٍۢ قَالُوا۟ لَوْلَا ٱجْتَبَيْتَهَا ۚ قُلْ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّى ۚ هَـٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّقَوْمٍۢ يُؤْمِنُونَ ٢٠٣
Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman". (Surah 7:203)
Ulama berbeza pendapat bagaimana cara untuk menterjemahkan dan mentafsir ayat di atas ini. Ayat ini menyebutkan bahawa Allah berkata ketika mana Nabi tidak membawakan kepada masyarakat Mushrikin ini suatu "ayat", maka mereka berkata لَوْلَا ٱجْتَبَيْتَهَا "Laulaj tabaitaha?".
Pertama sekali, apakah maksud "ayat" di dalam ayat di atas? Di dalam al-Qur'an, perkaraan ‘ayat’ sebenarnya boleh merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an itu sendiri, atau ia boleh juga merujuk kepada suatu mukjizat yang dilakukan oleh seorang Rasul, dan ia juga boleh merujuk kepada tanda-tanda kebesaran tuhan di dalam alam ini. Tetapi di dalam ayat di atas, apabila disebutkan ‘ayat’, apa yang dimaksudkan?
Ini yang dipersilisihi ulama, dalam hal ini, adakah ia merujuk kepada "ayat al-Qur'an", atau "ayat" dalam erti kata mukjizat. Di dalam terjemahan yang saya gunakan di atas, penterjemah itu telah menterjemahkan perkataan بِـَٔايَةٍۢ ‘ayat’ ini dengan menyebutkan "ayat al-Qur'an".
Perkataan kedua yang saya ingin tekankan ialah ٱجْتَبَيْتَهَا yang berasal daripada perkataan جبى , dan perkatan ijtabaitaha itu diperselisihi juga maksudnya. Di dalam terjemahan di atas, perkataan ٱجْتَبَيْتَهَا diterjemahkan sebagai "bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu".
Tetapi benarkah ini maksudnya?
Penggunaan perkataan جبى di dalam al-Qur'an.
Perkataan ini merupakan kata kerja, dan ia muncul sebanyak 11 kali di dalam al-Qur'an, yakni 9 kali ia digunakan untuk Allah, sekali untuk Nabi Muhammad, seperti di dalam ayat ini, dan sekali lagi digunakan untuk merujuk kepada orang-orang penduduk Mekah.
Perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada perbuatan Allah memilih seseorang, dan ia muncul di dalam ayat-ayat ini 3:179, 6:87, 12:6, 16:121, 19:58, 20:122, 22:78, 42:13 dan 68:50. Mari kita lihat contoh ayat 3:179:
مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلْخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى ٱلْغَيْبِ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجْتَبِى مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُ ۖ
Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (Surah 3:179)
Dan di bawah pula contoh kedua
وَمِنْ ءَابَآئِهِمْ وَذُرِّيَّـٰتِهِمْ وَإِخْوَٰنِهِمْ ۖ وَٱجْتَبَيْنَـٰهُمْ وَهَدَيْنَـٰهُمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Surah 6:87)
Dan begitu juga dengan ayat-ayat lain yang diberikan di atas, ia membawa maksud memilih.
Di dalam satu lagi tempat, ia digunakan untuk merujuk kepada orang orang-orang kafir di Mekah, lihat surah 28:57:
Di dalam satu lagi tempat, ia digunakan untuk merujuk kepada orang orang-orang kafir di Mekah, lihat surah 28:57:
أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا ءَامِنًۭا يُجْبَىٰٓ إِلَيْهِ ثَمَرَٰتُ كُلِّ شَىْءٍۢ رِّزْقًۭا مِّن لَّدُنَّا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Surah 28:57)
Di dalam ayat di atas, ia bukan bermaksud memilih. Perkataan ini diterjemahkan sebagai maksud membawa sesuatu, di dalam kes ini, membawa hasil tanaman, kepada orang-orang Mekah.
Maksud di dalam kamus
Jika dirujuk kepada kamus Lane's Lexicon, sebuah karya yang mengumpulkan maksud-maksud bagi perkataan bahasa Arab daripada beberapa sumber kamus Arab klasik, perkataan ini mempunyai beberapa maksud, antaranya ialah 'mendapatkan' atau 'memperolehi', dan contoh yang diberikan adalah mendapatkan air dari telaga, atau mengutip cukai dan barangan lain dari seseorang. Ini penggunaan yang dimaksudkan di dalam surah 28:57.
Satu lagi maksud adalah memilih sesuatu untuk menjadikannya hak eklusif diri sendiri, dan ini nampaknya maksud yang digunakan oleh ayat-ayat yang merujuk kepada Allah memilih seseorang.
Ada satu lagi maksud yang diberikan, iaitu ‘mereka-reka sesuatu’, atau ‘mengada-adakan sesuatu’. Satu persoalan yang perlu diutarakan di sini adalah, adakah maksud ketiga ini, memang merupakan salah satu maksud asal perkataan ini yang memang digunakan oleh masyarakat Arab ketika al-Qur'an diturunkan, atau ia merupakan maksud yang direka kemudian oleh pakar bahasa Arab untuk menjelaskan maksud ayat ini.
Ini penting, kerana sesuatu maksud itu boleh direka kemudian untuk menyesuaikan maksud satu perkatan dengan pemahaman masyarakat terhadap sesuatu ayat itu, walhal ia bukanlah maksudnya yang asal. Antara sebab perkataan ini mungkin bukan maksud asal tetapi adalah direka kemudian adalah kerana para ulama sendiri berbeza pandangan tentang maksud perkataan ini, dan di dalam majoriti penggunaan perkataan ini seperti disebut di atas, mempunyai maksud yang berbeza.
Ini kerana, jika bagi mereka perkataan جبى itu diterjemahkan sebagai memilih atau memperolehi boleh menyebabkan kekeliruan, maka maksud lain yang dirasakan lebih straightforward atau mudah difahami akan ditafsirkan untuk ayat ini.
Pentafsir al-Qur'an memberi pengaruh kepada maksud ayat
Antara kitab tafsir terawal yang ditulis adalah tafsir Muqatil ibn Sulaiman. Beliau mentafsirkan perkataan 'ayat' di atas dengan menyebut يعني بحديث من القرآن, yakni ayat baru daripada al-Qur'an, jadi dia memahaminya dengan ayat al-Qur'an dan bukan mukjizat (perkara ajaib yang dilakukan untuk dipertontonkan kepada kaum kafir). Dan perkataan ijabataha pula ditafsirkan sebagai kata-kata kaum musyrik yang bermaksud:
يعني هلا ابتدعتها من تلقاء نفسك يا محمد؛ لقولهم: ائت بقرآن غير هذا أو بدله من تلقاء نفسك
Yakni, kenapa tidak direka olehmu sendiri wahai Muhammad, kerana mereka berkata, datangkan sesuatu yang selain dari al-Qur'an ini, atau gantikannya dengan sesuatu dari diri kamu sendiri.
Riwayat daripada Mujahid pula menyebutkan لولا ابتدعتها من قبل نفسك , yakni "kenapa tidak didatangkan sesuatu dari diri dia sendiri?"
Tafsir at-Tabari pula seperti lazimnya, memberikan banyak pendapat tentang suatu-suatu ayat. Untuk ayat ini, beliau menyebutkan pada awalnya kenyataan:
قالوا هلا اخترتها واصطفـيتها
Mereka berkata, kenapa dia tidak memilihnya?
Dan at-Tabari memberikan contoh penggunaan maksud "memilih" bagi perkataan ini seperti yang digunakan di dalam 3:179, yang merujuk kepada Allah memilih di kalangan rasul-Nya.
Tetapi beliau juga memberikan pandangan-pandangan lain, seperti pandangan yang menyebutkan ٱجْتَبَيْتَهَا bermaksud اختلقتها (mengada-adakan), افتعلتها (memalsukan), تقوّلتها (menipu, ini disebut oleh Ibn Zaid). At-Tabari juga membawakan dua riwayat daripada sahabat Nabi iaitu Ibn Abbas, satu riwayat menyebutkan لولا تلقَّـيتها dan satu lagi لولا تقبلتها من الله.
Tetapi beliau juga memberikan pandangan-pandangan lain, seperti pandangan yang menyebutkan ٱجْتَبَيْتَهَا bermaksud اختلقتها (mengada-adakan), افتعلتها (memalsukan), تقوّلتها (menipu, ini disebut oleh Ibn Zaid). At-Tabari juga membawakan dua riwayat daripada sahabat Nabi iaitu Ibn Abbas, satu riwayat menyebutkan لولا تلقَّـيتها dan satu lagi لولا تقبلتها من الله.
Riwayat pertama daripada Ibn Abbas bermaksud "kenapa Rasulullah tidak menerima?" iaitu menerima ayat itu daripada Allah, manakala satu lagi adalah "kenapa tidak diterima daripada Allah" ayat-ayat itu. Ini bermakna, Ibn Abbas menyebutkan bahawa apa yang dimaksudkan oleh kaum musyrikin itu adalah mereka tertanya-tanya kenapa Nabi Muhammad tidak menerima ayat al-Qur'an daripada Allah pada setengah-setengah masa. Ibn Abbas nampaknya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ٱجْتَبَيْتَهَا itu bermaksud ‘menipu’ atau ‘mengada-adakan’.
Qatadah juga menyebutkan ia bermaksud "kenapa tidak menerima". Ad-Dahhak pula menyebutkan perkara serupa iaitu لولا أخذتها أنت فجئت بها من السماء, yakni "kenapa kamu tidak mengambil ayat itu dan mendatangkannya dari langit?".
Pun begitu, at-Tabari memilih pendapat yang mengatakan bahawa perkataan جبى bermaksud mereka-reka, atau menipu, dan baginya ini adalah pandangan yang paling tepat. Dia juga memahami perkataan 'ayat' di sini sebagai merujuk khusus kepada ayat-ayat al-Qur'an.
Pandangan ahli tafsir lain
Ramai di kalangan pentafsir yang hanya memberikan atau mengutamakan pandangan seperti at-Tabari. As-Suyuti misalnya, meyebutkan lafaz dalam 7:203 لَوْلَا ٱجْتَبَيْتَهَا bermaksud أنشأتها من قِبَل نفسك, yakni "Kamu sendiri yang menciptakan", tetapi beliau tidak menspesifikkan apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'ayat' di sini, boleh jadi dia maksudkan ayat al-Qur'an.
Ibn Kathir pula di dalam tafsirnya, selain memberikan maksud "mengada-adakan", juga memberikan maksud kedua, iaitu:
يقولون للرسول صلى الله عليه وسلم ألا تجهد نفسك في طلب الآيات من الله حتى نراها ونؤمن بها، قال الله تعالى له
Mereka berkata kepada Rasul (saw), kenapa kamu tidak berusaha keras untuk menuntut daripada Allah mukjizat ini sehingga kami boleh melihatnya dan beriman kepadanya?
Nah ini pemahaman yang sedikit berbeza. Di sini, kaum Musyrikin dikatakan tertanya-tanya kenapa baginda Nabi Muhammad tidak menuntut kepada Allah dengan meminta mukjizat itu? Perkataan ini lebih dekat kepada maksud "memperolehi" atau "mendapatkan" seperti yang diberikan di atas, yang muncul di dalam surah 28:57 dan juga yang disebut di dalam kamus klasikal. Ia juga dekat dengan maksud memilih sesuatu untuk hak eklusif diri sendiri.
Ar-Razi di dalam tafsirnya juga memberikan dua tafsiran, yang pertama adalah tafsiran yang sudah menjadi dominan ketika hayatnya, sama seperti kitab-kitab tafsir yang lain, iaitu:
لولا تقولتها وافتعلتها وجئت بها من عند نفسك
Kenapa tidak direka atau diciptakan saja dan didatangkan dari dirinya sendiri?
Manakala yang kedua disebutkan sebagai berikut:
أو يقال هلا اقترحتها على إلهك ومعبودك إن كنت صادقاً في أن الله يقبل دعاءك ويجيب التماسك وعند هذا أمر رسوله أن يذكر الجواب الشافي
Atau (maksudnya) adalah mereka berkata "kenapa tidak diminta dari tuhan kamu dan apa yang kamu sembah itu, jika kamu berkata benar yakni, Allah memakbulkan doa kamu dan menjawab permintaan kamu?"
Ar-Razi juga memberikan gambaran bahawa apa yang ditanya oleh kaum musyrikin ini sebenarnya adalah, jika benar kamu ini seorang Rasul, dan Allah dekat dengan kamu, kenapa kamu tidak mendapatkan mukjizat ini daripada Allah dengan meminta daripadanya?
Tafsir al-Baydawi pula menyebutkan:
" هلا جمعتها تقولاً من نفسك كسائر ما تقرؤه أو هلا طلبتها من الله"
Kenapa kamu tidak mengumpulkan dan mengada-adakan dari diri kamu sendiri (ayat itu) seperti mana yang lain-lain, atau kenapa kamu tidak meminta daripada Allah?
Al-Baydawi memberikan dua maksud, satu menyebutkan bahawa kaum musyrikin bertanya kepada Nabi kenapa tidak diada-adakan ayat itu, atau maksud kedua, mereka bertanya kenapa tidak meminta kepada Allah saja mukjizat itu?
Ibn Abdus Salam di dalam tafsirnya memberikan ringkasan pandangan untuk ayat ini:
أتيت بها من قِبَلِك، أو اخترتها لنفسك، [أو] تقبلتها من ربك، أو طلبتها لنا
Mendatangkan dari diri kamu, atau memilih untuk diri kamu, atau menerima dari tuhan kamu, atau meminta untuk kami (kaum musyrikin).
Jadi apakah maksudnya yang sebenar?
Jika yang ditanya oleh masyarakat Musyrikin itu adalah kenapa Nabi tidak mereka-reka ayat baru jika dia tidak didatangi ayat al-Qur'an dari tuhan, ini sedikit aneh.
Ia aneh kerana kalau difikirkan, sudah pasti Nabi tidak akan mereka-reka ayat baru dan kaum Musyrikin juga seharusnya tahu perkara ini, kerana Nabi sememangnya mendakwa bahawa ayat-ayat al-Qur'an itu datangnya daripada tuhan sendiri, jadi sudah pasti dia tidak akan "mengada-adakan" ayat baru jika bukan datang daripada tuhan. Kedua, ia bukan sesuatu yang menjadi permasalahan bagi mereka, kerana mereka sememangnya tidak menganggap ayat al-Qur'an itu daripada tuhan.
Tetapi apa yang jadi permasalahan bagi mereka adalah Nabi Muhammad itu tidak didatangi dengan mukjizat, dan ini disebut berkali-kali di dalam bahagian lain di dalam al-Qur'an, di mana kaum Musyrikin sering meminta Rasulullah untuk menunjukkan mukjizat kepada mereka, dan setiap kali, permintaan ini ditolak oleh Allah sendiri, dengan sebab-sebab yang tertentu.
Antara jawapan yang diberikan adalah bahawa Rasul itu hanyalah manusia pemberi amaran (Surah 17:93 dan 13:7).
وَيَقُولُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَوْلَآ أُنزِلَ عَلَيْهِ ءَايَةٌۭ مِّن رَّبِّهِۦٓ ۗ إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرٌۭ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. (Surah 13:7)
Ayat 7:203 sepatutnya dilihat di dalam konteks ayat-ayat yang lain yang menunjukkan pertarungan di antara Nabi Muhammad dan kaum musyrikin, termasuklah ayat 13:7 di atas. ‘Ayat’ yang diminta adalah sejenis mukjizat (penterjemah di atas menterjemahkan ayat dengan perkataan mukjizat) dan sama juga, surah 7:203 menyebutkan ketika mana Rasulullah tidak mendatangkan mereka dengan satu mukjizat, mereka bertanya semula "Kenapa tidak mendapatkannya?", yakni mendapatkannya dari tuhan dengan meminta kepada tuhan, jika benar dia seorang Rasul dan mampu berhubungan dengan tuhan pencipta alam itu, menurut mereka.
Untuk ini, Allah meminta Nabi menjawab:
قُلْ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّى ۚ هَـٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّقَوْمٍۢ يُؤْمِنُونَ
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan - yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman". (Surah 7:203)
Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad hanya mengikut dan mematuhi tuhan, dan bukan untuk baginda untuk meminta atau mencadangkan, atau menuntut apa-apa dari Allah, termasuklah bukan baginya untuk meminta mukjizat. Bahkan, al-Qur'an inilah mukjizat itu, iaitu tanda dari tuhan untuk dijadikan panduan yang memberikan petunjuk.
Jika perkataan جبى merujuk kepada perbuatan memilih, kita perlu bertanya memilih dari kalangan apa?Tetapi jika ia bermaksud memperolehi, maka inilah yang lebih sesuai iaitu memperolehi dari tuhan. Para ulama klasikal menjelaskan bahawa apa yang masyarakat Musyrik sedang minta adalah supaya Nabi meminta dengan bersungguh-sungguh dari tuhan suatu mukjizat, kerana memang itu yang mereka sangat ingin lihat. Ayat ini merupakan satu lagi insiden yang direkodkan yang menunjukkan permintaan itu, dan inilah maksud yang lebih tepat.
Kita boleh mempersoalkan apakah perkataan جبى itu bermaksud ‘mereka-reka’ atau ‘mengada-adakan’, dan ia nampaknya merupakan maksud yang sendirinya pun direka-reka oleh para ahli bahasa terkemudian untuk menjelaskan maksud ayat ini.
Comments
Post a Comment