Berkenaan pelarian Palestin dan pelarian Rohingya.
Pelarian Palestin (1948) dan pelarian Rohingya (2017) "Bangsa Rohingya ni bangsa pengecut, lari dari medan perang, cuba tengok orang Palestin, tak lari pun, berjuang habis-habisan untuk tanah diorang". Nilah antara komen yang biasa kita nampak dari orang dekat media sosial sekarang kalau bercakap pasal Rohingya. Diorang selalu membandingkan dengan bangsa Palestin yang katanya tak melarikan diri. Satu klik carian di Google pun dah cukup sebenarnya untuk kita dapat hasil carian tentang pelarian Palestin, dan jumlahnya yang ada di negara-negara lain. Ada jutaan pelarian Palestin di merata negara Arab, dan negara-negara lain. Perang pertama yang tercetus antara negara-negara Arab dan Israel pada tahun 1948 telah menghasilkan sekitar 700,000 pelarian Palestin, rata-rata melarikan diri ke negara-negara jiran, dan juga ke kawasan-kawasan lain di Palestin yang tidak diduduki tentera Israel ketika itu, iaitu Tebing Barat dan Gaza, manakala perang pada tahun 1967 pula menghasilkan lag...






