Aliff syukri pukul/rotan anak tak bertudung?
Nak tau juga, anak Aliff ni dah baligh ke? Kalau belum, tak perlu terlalu kasar sampai nak rotan dia hanya sebab buka tudung, sebab dia tak perlu pakai pun sebenarnya. Kalau dah baligh, dia dah buat keputusan nak pakai tudung, juga tak perlu terlalu kasar sehingga rotan dia hanya kerana kadang-kadang dia nak buka, dia dah pakai tu pun kira dah ok dah kan? Ok ke?
Aliff syukri kata kononnya anak dia sendiri yang nak pakai tudung. Tapi kita pun tak tau sama ada betul dia sendiri yang minta pakai atau Aliff dan ibunya yang desak dan pengaruh anak dia. Apa-apapun, ni dah dikira memaksa. Betul tak?
Ya, jadi adakah kita semua boleh setuju seseorang tu dipaksa memakai kain atas kepala? Bagi saya, itu sesuatu yang tak patut, tapi bagi orang ramai, mungkin ia masih dikira sangat patut, dan merupakan paksaan yang "halal" dan dianjurkan. Mungkin ni ustaz boleh jawab. Saya tetap tak bersetuju. Aliff rotan tu satu hal, dia upload pula video anak dia macam tu bagi satu dunia tengok. Perlu ke? Lagi saya rasa tak patut dan keterlaluan.
Bukan nak tukar topik, tapi Aliff sendiri pun banyak buat benda-benda yang langgar hukum Islam secara terbuka. Jadi kenapa Aliff bertindak ekstrim dalam memukul anak dalam hal ni, tapi dalam masa yang sama bertindak ekstrim melanggar hukum Islam dalam waktu yang lain?
Umum mengetahui hubungan akrab Aliff dengan usahawan (pondan?) Sajat, dan koloborasi mereka untuk menghasilkan muzik video tertentu yang dianggap bertentangan dengan Islam. Bahkan Aliff juga beberapa kali memuatnaik videonya menari bersama pondan Sajat dan Lucinta Luna yang juga dikhuatiri seorang pondan. Adakah Aliff peduli nasihat netizen tentang perbuatannya ni? Dia tak peduli langsung.
Aliff juga mempunyai produk pelebat rambut yang menggunakan model tidak bertudung sebagai pelaris.
Jadi saya memang pelik dengan Aliff.
Ya saya tak setuju langsung dengan perbuatannya memukul dan memalukan anaknya yang masih kecil tu sebab buka kain di kepala sebab ia satu paksaan yang tak patut. Mesej yang cuba disampaikan adalah, "kau buka tudung, kau buat kesalahan yang maha besar aku kena pukul kau, walaupun kau ni budak kecil lagi, sebab kau boleh mengiurkan orang"
Mesej kedua "Kau jangan berani nak buka tudung, sampai mati pun aku takkan benarkan, tapi aku sendiri boleh buat apa aku suka"
Ni mesej yang cukup tak baik.
Comments
Post a Comment