Kenapa restoran perlukan website

Sekarang banyak restoran ada laman web sendiri, terutamanya restoran yang besar-besar. Sebenarnya, keperluan untuk ada website sendiri bagi restoran ini adalah sangat penting. Kos untuk membuat satu laman web perlu dianggarkan dengan mengambil kira saiz operasi. Tapi harga laman web sekarang bergantung kepada beberapa faktor tetapi termasuk ciri laman, tetapi ia tidaklah terlalu mahal, bahkan boleh didapati dengan harga RM1000 untuk pakej satu tahun.

Pada peringkat permulaan, boleh memulakan laman blog dan laman sosial media lain terlebih dahulu, seperti facebook, twitter dan instagram yang percuma saja. Tetapi kepentingan restoran untuk memulakan laman tersendiri memang perlu diambil berat. Antara sebabnya:

1) Brand Image

Kandungan di laman web anda boleh menjadi tanggapan pertama bagi pelanggan yang sedang mencari tempat untuk makan, atau yang berminat untuk tahu apa yang restoran anda tawarkan. Harga dan tempat boleh diiklankan dan ia boleh menjadi satu tempat untuk memberi "first impression" yang cukup baik. Pastikan maklumat terkini dikemaskini sentiasa, termasuk jenis menu dan harga.

2) Menaikkan jumpaan Google

Memuat naik kandungan sendiri di laman maya mampu memudahkan orang ramai menemui maklumat berkenaan restoran anda di Google.

3) Menaikkan tahap kepercayaan pelanggan

Pelanggan akan merasa mudah untuk mengakses maklumat berkenaan restoran anda, dan mampu mendapatkan maklumat berkenaan restoran anda daripada review dan testimoni pelanggan lain. Muat naik respon positif dari pelanggan lain ke laman anda supaya mereka tidak hanya mendapatkan review dari Google Reviews semata

4) Ruang promosi yang berbaloi

Selain daripada mengiklankan melalui brochure dan iklan cetak yang mungkin akan menjadi mahal dan tidak cukup efektif, gunakan sepenuhnya laman iklan anda sendiri melalui laman web dan laman media sosial, yang mampu mencipta persepsi positif berkenaan operasi restoran anda.

Menggunakan laman web mampu memberi kesan yang lebih kukuh berbanding hanya menggunakan laman sosial yang percuma, kerana ia lebih tampak profesional. Pastikan ia dikendalikan dan direka oleh mereka yang profesional. Laman web anda harus kelihatan user-friendly dan menarik.

5) Penawaran servis terkini

Apakah anda menawarkan servis penghantaran melalui Food Panda? Atau menawarkan servis katering? Hebahkan melalui laman web anda. Maklumat ini mampu disalurkan secara efektif kepada para pelanggan yang sentiasa mahu mencari servis untuk kemudahan dan kegunaan mereka.


Comments

Popular Posts