Covid 19 (Coronavirus) di Malaysia
"Kerajaan PH sepatutnya halang pelancong China dari awal! Kalau tak takkan jadi macam sekarang"
Ini kata-kata yang kita selalu dengar sekarang, maksudnya kalau kerajaan PH block warga China dari awal, keadaan Malaysia takkan jadi macam ni.
Saya tak nak bercakap soal politik kat sini, tapi berkenaan dakwaan ini, saya tengok macam tak begitu tepat. Sebab apa, sebab kes-kes yang menjadi pencetus di negara ini kebanyakannya adalah dari warganegara Malaysia sendiri.
Mereka yang buat kenyataan di atas terlepas pandang beberapa perkara, iaitu mereka yang menjadi penyumbang jumlah kes bukan hanya dari China, tapi dari:
1) Warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara tapi tak kuarantin (punca utama).
2) Warganegara lain selain China.
Kes Covid- 19 di Malaysia merebak dalam dua gelombang. Penting untuk kita faham dua-dua gelombang ni.
Gelombang pertama bermula..
Gelombang pertama melibatkan kes -1 sehingga kes- 22. Kes pertama dikesan pada 24 Januari 2020, melibatkan 8 orang warga China yang dijangkiti dari seorang dari Singapura. 8 orang warga China itu telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru tapi hanya tiga telah disahkan positif pada 25 Januari dan mereka semua telah dihantar ke Hospital Sg. Buloh.
Dari pesakit satu, sampai pesakit nombor 22 inilah gelombang pertama. Pesakit 22 direkodkan pada 16 Februari, manakala dari 16 Februari sampai 27 Februari, tidak ada kes direkodkan, yakni 0 pertambahan kes. Waktu ni, kita dah lihat banyak rakyat Malaysia macam sudah tak berapa ambil berat untuk pakai mask dan lain-lain, sebab waktu ni dah tak ada kes baru dilaporkan.
Dan pada 26 Februari, kesemua pesakit dah sembuh dan keluar dari hospital.
Ini kronologi ringkas kesemua kes dari kes 1 hingga kes 22.
25 Januari - Tiga pelancong dari China yang masuk ke Johor disahkan positif. Ini tiga kes pertama di Malaysia.
25 Januari - Seorang lagi warga China lelaki dari Wuhan disahkan positif. Tiba di Malaysia pada 22 Januari. Jumlah kes menjadi 4.
28 Januari - Tiga kes positif dari warga China. Jumlah kes 7.
30 Januari - Satu lagi kes baru, isteri kepada kes ke-7. Jumlah kes 8.
4 Feb - Seorang lelaki warga Malaysia menjadi pesakit - 9 (pesakit sebelum tu selalu ke negara jiran, untuk mesyuarat yang dihadiri warga China), dan seorang lagi warga China yang tiba di Malaysia pada 18 Jan menjadi pesakit ke-10.
5 Februari - Daripada 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan (tiba di Malaysia pada 4 Februari), dua orang disahkan positif. Jumlah kes 12.
6 Februari - Seorang wanita warga China dan seorang warga Malaysia positif. Jumlah kes menjadi 14.
7 Februari - Pelancong dari Wuhan yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan positif. Jumlah kes 15.
8 Feb - Wanita warga China dari Wuhan menjadi pesakit ke 16.
9 Feb - Seorang warga Malaysia disahkan positif, dia merupakan ibu mertua kepada pesakit - 9. Jumlah kes menjadi 17.
10 Feb - Kes ke 18 direkodkan. Seorang lelaki Malaysia yang pulang dari Macau, China. Kembali ke Malaysia pada 1 Februari.
13 Februari - Kes ke - 19. Wanita warga China, rakan kepada kes- 14 dan kes- 16.
14 Februari - Tiga kes, dua warga China dan satu warga US. Warga US tiba dari Kemboja. Jumlah kes 22.
26 Februari - Kesemua 22 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital.
Di sini, kita lihat jumlah 22 pesakit mengikut negara:
Warga China - 15
Warga Malaysia - 6
Warga US - 1
Walaupun 15 orang adalah warga China, tapi gelombang ini terhenti dan keadaan waktu tu sudah terkawal. Jadi warga China dilihat tidak merebakkan penyakit ini.
Gelombang kedua bermula..
Kes- 23 bermula pada 27 Februari. Seorang wanita warga Malaysia yang pulang dari Jepun positif. Kes 24 seorang warga China yang berkerja di sini, dan kes 25 adalah lelaki warga Itali yang berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Ketiga-tiga kes ni terkawal dan tak merebak dengan cepat.
Kluster pertama terbentuk: Kes- 26 Hisham Hamdan
Pada 29 Februari, pengerusi UDA Holdings merangkap Pengarah eksekutif Khazanah, Hisham Hamdan disahkan positif. Beliau pernah ke Shanghai pada bulan satu dan walaupun tidak dipastikan apakah beliau memang dijangkiti di Shanghai, tetapi Hisham Hamdan menjadi penyumbang besar kepada gelombang kedua.

Hisham Hamdan
Sebab apa tak pasti? Sebab Hisham Hamdan kata dia balik dari Shanghai pada 17 Januari, dan kes pertama Shanghai hanya dikesan pada 20 Januari. Hisham pula disahkan positif pada 29 Februari, lebih sebulan lepas trip nya itu, jadi memang agak aneh kalau kata lepas sebulan baru dapat simptom. Ada beberapa kemungkinan:
1) Hisham Hamdan tidak periksa lagi awal sebab tiada simptom.
2) Dia telah dijangkiti oleh pesakit dari kalangan kes 1- kes 25. (Tapi kementerian kesihatan tidak pernah kaitkan Hisham Hamdan sebagai dijangkiti dari kes yang awal, menunjukkan mereka tidak pernah ada kontak).
3) Dia dijangkiti oleh warga China di sini yang tidak disaring. (Ini juga kurang meyakinkan, sebab kenapa dia seorang yang dijangkit, dan tidak ada lagi pesakit lain? Kalau warga China itu tidak disaring dan bebas, pasti dia akan memulakan kluster lain, tapi tidak. Kes baru selepas Hamdan semua bermula dari Hamdan).
Disebabkan tidak ada kes lain yang muncul, maka dipercayai Hisham Hamdan memang dapat penyakit ni dari luar negara walaupun dia menafikan. Kemungkinan juga dia ada pergi ke negara lain selepas Shanghai tetapi kita tidak diberitahu. Apapun,kita cuma bergantung dari laporan yang sedia ada yang mengatakan perjalanan terakhir dia adalah dari Shanghai.
Selepas itu, hanya Kes 27 hingga 29 tiada kaitan dengan Hisham, tetapi berkait dengan kes 24 dan 25 sebelumnya. Kes 30 sehingga 55 semuanya berkait dengan Hisham.

Setakat 4 Mac. Klik untuk lebih besar
Kronologi ringkas
6 Mac - Kes 56 - kes 83. Campuran dari kluster kes 26 dan kes-kes warganegara luar termasuk mereka yang terlibat misi kemanusiaan.
7 Mac - 10 kes baru dilaporkan, 6 kes dijangkiti daripada pesakit 33 (Pesakit 33 dijangkiti daripada pesakit 26), dan 4 kes lagi adalah generasi kedua daripada pesakit 33. Jumlah kes 93.
8 Mac - 6 kes baru, berkait dengan kluster kes 26 juga. Dari kes 23- kes 117. Hanya 6 orang saja yang ada sejarah ke luar negara. Pesakit 101 misalnya, adalah warga Malaysia yang baru pulang dari Iran.
Jadi setakat ini kita boleh tengok yang majoriti kes setakat ni asal dari rakyat Malaysia sendiri, Hisham Hamdan, dan bukan dari warga China.
Kesan himpunan Tabligh terhadap jumlah kes.
Pada 9 Mac, Brunei umumkan pesakit pertama Covid-19 dikesan, dan didapati orang tu baru balik dari Malaysia menyertai perhimpunan Tabligh pada 27 Feb- 1 Mac.
Mula dari sini, kluster Tabligh diketahui telah terbentuk, dimulakan dengan pengesanan pesakit 131 pada 11 Mac. Pesakit yang menjadi punca utama kluster tabligh ini, dia lambat sedikit dikesan, yakni "pesakit 136" yang dikesan kemudian daripada kes 131 tetapi pada hari yang sama. Dia dikatakan balik dari Korea pada 22 Februari, tetapi gagal mengkuarantinkan diri, dan terus join himpunan tabligh pada 27 Feb.

Sebelum ni viral gambar empunya badan iaitu "Pesakit 136" yang bernama Wan Akasha di laman sosial.
Pesakit 136 dipercayai menyebarkan penyakit di Sri Petaling tanpa sedar dan menjadi punca kepada peningkatan kes Covid 19 di Malaysia.
Gambar setakat 13 Mac menunjukkan perkembangan kluster baru Tabligh

Tidak dapat dinafikan, susulan himpunan tabligh ini, kes di Malaysia meningkat mendadak sehingga hari ini, dan kes terus meningkat setiap hari sehinggalah hari ini (30 Mac).
Pada 28 Mac, KKM mengumumkan pesakit dari peserta tabligh merupakan 52% daripada keseluruhan kes 2,320 kes. Jadi bagaimana dengan lagi 48% kes?
Ia merupakan campuran antara generasi-generasi kontak tabligh, dan juga kes-kes lain termasuk dari mereka yang pulang dari luar negara, dan dari warga negara lain.

Jadi tabligh bersalah? Kenapa asyik salahkan tabligh?
Kita tidak menyalahkan tabligh, kita cuma memberi fakta bahawa kes tabligh merupakan penyumbang terbesar kepada kes keseluruhan, dan peningkatan kes secara mendadak berlaku disebabkan penyebaran dari kluster tabligh. Bukan kita kata tabligh sengaja sebarkan, tetapi cuma mereka tidak bernasib baik sebab adanya pesakit yang menyertai himpunan tabligh itu. Amalan tabligh untuk makan dalam satu talam dan bersalaman serta berpelukan cuma menggiatkan lagi penyebaran.
4 kluster baru dari tabligh terbentuk di Johor (29 Mac)
Pada 29 Mac, Dr Noor Hisham umumkan ada empat kluster baru terbentuk daripada kluster tabligh di daerah Kluang Johor. Di Sungai Lui Pahang juga, sebuah madrasah (sekolah agama) juga mempunyai 71 kes selepas dipercayai seorang tabligh telah menyebarkannya kepada pelajar di situ.
Kesimpulannya, berdasarkan fakta yang kita lihat, kes Covid-19 di Malaysia meningkat mendadak daripada warga Malaysia sendiri, dan bukannya daripada warga China. Kalaupun warga China disekat masuk, Malaysia masih terdedah kepada jangkitan dari warga Malaysia yang pulang dari luar yang tidak kuarantin diri mereka seperti yang dilihat pada kes 26 (Hisham Hamdan) dan kes 136 (Wan Akasha).
Warga China pula dilihat menyumbang kepada peratus yang kecil dan tidak menghasilkan kluster baru.

Comments
Post a Comment