Cara kuasai bahasa baru: Buat ni untuk jadi lancar!

Ramai di kalangan kita yang nak belajar bahasa baru tapi selalu rasa susah. Bahasa Inggeris yang kita dah belajar dari sekolah rendah pun sampai sekarang ramai yang masih tak fasih kan? Jadi macam mana pula nak belajar bahasa baru?

Korang mesti pernah dengar kan, kalau nak mahir dalam satu-satu bahasa tu, korang kena berlatih bercakap. Dan ya, inilah dia tip yang paling penting dan memang takda cara lain dah untuk bantu boost korang punya skill tu. 

Berlatih bercakap dengan orang sekeliling!

Tapi sebelum sampai tahap tu, apa korang kena buat adalah kuasai perkara asas dulu. Boleh beli buku, join kelas tuisyen, dan belajar dari video-video Youtube.

Ni semua memang penting, dan memang korang kena buat. Bagi masa diri korang beberapa bulan, macam tiga bulan contohnya, untuk tangkap benda-benda asas. Berlatih dulu cakap sorang-sorang.

Once dah dapat benda asas, tengok video-video macam movie dan drama, sebab ini memang akan membantu korang. Tapi nak tak nak, memang ia akan ambil masa yang cukup lama untuk betul-betul dapat tangkap semua ataupun majoriti daripada apa yang disebut dalam cerita-cerita tu. Tips penting, sabar!

Pandai macam mana pun, belajar bahasa ni akan ambik masa bertahun untuk lancar dan mahir. Ini memang tak dapat elak.

Jadi kenapa bahasa Inggeris yang kita dah belajar daripada sekolah rendah pun, kita masih tak fasih sampai sekarang? 

Satu je, sebab tak berlatih. Itu saja step terakhir yang tinggal, tapi biasa korang tak buat.

Aku ada pengalaman sendiri, berlatih cakap bahasa inggeris tiap-tiap hari selama beberapa bulan, terus jadi lancar. Sebelum tu bukanlah tak reti, tapi bila bercakap tu memang tersangkut-sangkut. 

Aku juga ada belajar bahasa Cina, dan bila bercakap dengan boss sendiri, dalam masa beberapa bulan, ada improvement yang cukup banyak, berbanding dengan belajar sendiri dari buku dan video Youtube selama bertahun-tahun, tapi kurang bercakap dengan orang. 

Jadi itulah realitinya, nak tak nak, korang kena berlatih bercakap. Cari kawan yang boleh berlatih setiap hari, itu yang paling baik la.

Semoga berjaya!

Comments

Popular Posts