Surah al-A'raf ayat 203
Di dalam surah al-A'raf, iaitu surah ketujuh, ayat ke 203, adanya satu soal jawab yang cukup menarik antara Rasulullah dan kaum Musyrikin. Apa yang menariknya adalah, ayat ini menunjukkan bahawa masyarakat Musyirikin, atau masyarakat pagan pada zaman Rasulullah ini, sebenarnya mengikuti ajaran Nabi walaupun mereka tidak mempercayai ajarannya, dan mereka cuba untuk melawan hujahan Nabi menggunakan istilah-istilah yang pernah Nabi gunakan sebelumnya. Apa yang saya maksudkan? Mari kita lihat: وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِم بِـَٔايَةٍۢ قَالُوا۟ لَوْلَا ٱجْتَبَيْتَهَا ۚ قُلْ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّى ۚ هَـٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّقَوْمٍۢ يُؤْمِنُونَ ٢٠٣ Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut ...