Bagaimana untuk menundukkan Israel

Oleh: Iliyas Ismail

Bagi mereka yang menyokong aspirasi rakyat Palestin untuk mengadakan negara sendiri, mereka pastinya inginkan Israel untuk mengalah dan memberikan apa yang dilihat sebagai hak sepatutnya kepada rakyat Palestin, iaitu sebuah negara sendiri. Hakikatnya, apabila seseorang berada di posisi yang lemah, amat sukar untuk mempengaruhi pihak lawan untuk mengalah lagi-lagi apabila tiada apa untuk ditawarkan.

Bagi penulis, satu cara efektif untuk menundukkan Israel adalah melalui ketenteraan. Tindakan memboikot Israel yang dilakukan secara aman oleh ramai pihak termasuk di barat, di bawah slogan Boycott, Divest and Sanction (Boikot, tidak melabur dan sekatan) Israel tidak akan memberikan impak besar terhadap Israel. Israel sudahpun mempunyai rangkaian yang kuat dengan banyak pihak termasuk dari aspek perdagangan, pendidikan dan kebudayaan, tiga aspek yang ditekankan oleh pendukung BDS untuk memboikot Israel. Setakat ini, tidak banyak kesan yang boleh dilihat dari gerakan ini terhadap Israel

Hanya dengan tentera yang kuat, dapat memberi tekanan yang kuat terhadap Israel dan memberi amaran kepada Israel untuk tidak berbuat sesuka hati. Palestin sendiri sudah sememangnya tidak padan dari segi kekuatan kerana Israel mendominasi dalam segala aspek jika dibanding dengan militan-militan Palestin, berkali ganda. Yang paling penting, negara Zionis itu mempunyai kelebihan dari aspek teknologi ketenteraan melebihi dari negara-negara jiran mereka.

Kekuatan Israel terletak pada tumpuan mereka pada industri pertahanan mereka. Kini, mereka menjadi antara pengeksport senjata terbesar kepada negara-negara lain. Jadi tidak perlu bermimpi untuk mengalahkan Israel, jika rakyat Palestin dibiarkan berhadapan Israel. Mereka (Palestin) tiada peluang langsung.

Sudah pasti, situasi ideal untuk menang adalah di mana Mesir, Jordan dan Syria menyerang Israel secara serentak, dengan Lebanon juga menyerang dari utara, setelah Israel diserang tiga negara ini (Lebanon perlu masuk kemudian, kerana ia yang paling kecil dan lemah). Negara-negara Arab lain juga perlu menghantar tentera-tentera mereka, dan akhirnya, Israel akan dipaksa untuk menyerah diri. Ini situasi ideal, tapi kita tahu ia tidak akan berlaku kerana kerajaan-kerajaan Arab seperti Mesir dan Jordan sudah memilih untuk berbaik dengan Israel.

Melihat kepada realiti semasa, untuk menang dalam perang, Hizbullah perlu berhadapan untuk berperang dengan Israel. Jika perang berlaku lagi antara kedua mereka, Iran perlu segera masuk campur dengan menghantar tentera elit mereka, Kor Tentera Revolusi Islam (Islamic Revolutionary Guard Corps). Hamas hanya perlu masuk campur setelah Israel benar-benar disibukkan di sempadan utaranya oleh serangan Hizbullah, kerana ketika itu, Israel tidak mampu fokus sepenuhnya pada Hamas. Hizbullah dan Iran perlu didukung Syria untuk memberi tekanan kepada wilayah Golan di timur laut Israel. Ini hanya mampu menggoyahkan Israel, tetapi belum mampu untuk mengalahkan Israel.

Maka perlu juga kita lihat semula kepada peranan negara-negara Arab sekeliling. Dalam senario kedua di atas, Israel masih mampu untuk menang, jika ia memilih untuk menyerang negara Iran melalui udara. Setakat ini, prestasi tentera udara Israel amat cemerlang, sehingga dalam kesemua perang dengan negara Arab sebelum ini, mereka unggul mengatasi jiran Arab mereka secara konsisten. Ada kemungkinan Iran juga tidak mampu mengatasi keunggulan Israel dan jika Jordan memberi peluang kepada Israel menggunakan ruang udaranya, dan kemudian Israel berjaya merentasi ruang udara Iraq, misi ketenteraan terhadap Israel akan terganggu. Jordan dan Iraq perlu secara awal melarang Israel dari menggunakan ruang udaranya dan memintas mana-mana jet yang memasuki ruang udaranya. Peranan Jordan untuk memiliki sistem pertahanan udara yang mantap adalah sangat penting.

Bagi saya, apa-apapun, sekarang ini kita perlukan serangan yang komprehensif dari negara-negara Arab sekeliling. Militan Palestin mustahil boleh diharapkan untuk memberi tekanan yang efektif kepada Israel, Iran dan Hizbullah pula kemungkinan akan berhadapan dengan kos nyawa dan harta yang amat tinggi apabila berhadapan dengan tentera Israel terutamanya tentera udara mereka yang mempunyai rekod yang cukup cantik apabila berhadapan dengan musuh. Maka kerjasama negara-negara Arab lain adalah amat perlu untuk mengimbangi kekuatan tekonologi tentera Israel yang jauh lebih maju dari mereka.

Selagi Hamas bersendiri, atau Hizbullah bersendiri melawan Israel, Israel tidak akan berada dalam posisi tertekan untuk mengalah kepada Palestin. Hizbullah mampu untuk memberi tamparan berbisa kepada Israel, tetapi dalam pada itu berlaku, Hizbullah bukan hanya akan ditampar, malah dipijak oleh Israel. Hanya dengan kerjasama serantau, akan mampu untuk memberi tekanan kepada Israel agar tunduk kepada tuntutan rakyat Palestin. Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah akan masuk campur untuk mendukung Israel, pada waktu ini, adalah amat berguna bagi Iran dan Syria mempengaruhi Russia untuk membantu mereka menangkis tekanan ini dari segi dokongan melalui kenyataan-kenyataan media.

Comments

Popular Posts